02 May 2014

Day 5: Kasih sayang merentasi sempadan

27 April 2014 (Ahad)- Hari ini merupakan hari terakhir program jalinan masyarakat kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang ini.

Kami tiba seawal jam 9 pagi dan disambut oleh adik2, ayah2 dan ibu2 warga rumah ini. Kami dijemput makan pagi sebelum memulakan tugas kami di sini.

Apabila mula menyarungkan kasu, sarung tangan..suasana nya berasa begitu lain sekali. Mungkin kerana sudah biasa dengan rutin mingguan di sini.





 Pelajar perempuan yg terdiri daripada Azzah, Anis Syafawane, Anis Syafiqah, Aimie, Jessy dan Farah terus memulakan aktiviti mereka bagi menolong kerja2 di bahagian dapur.
 Kami pelajar lelaki pula diterangkan oleh ayah2 bagi tugas yg bakal diadakan pada hari ini, kami juga diberitahu bahawa hari ini jugak rumah tersebut akan menerima kunjungan pelajar UTem Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dan mereka majoritinya terdiri daripada pelajar lelaki.










 Waktu berlalu dengan begitu cepat sekali, pada petangnya pula, pihak rumah itu mengadakan majlis bagi meraikan kedua-dua universiti ini memandangkan ini hari terakhir kami dapat berkumpul dan menjayakan aktiviti di situ.

 Saudara Omar Ridhwan mewakili pelajar geology Universiti Malaya memberi sepatah dua kata dan mewakili suara2 kami tentang betapa brterima kasihnya kami atas layanan yg sangat baik oleh ayah2 dan ibu2 rumah ini. Kalau hari pertama di sini kami berasa agak kekok tetapi lama kelamaan hubungan kasih sayang ini berkembang dan menjadikan persaudaraan antara kami kukuh.

 Ucapan oleh Ayah Saiful Nang. Beliau mengatakan bahawa pintu Rumah Pengasih Warga Prihatin ini akan sentiasa terbuka untuk kami datang lagi pada satu hari nanti insyaAllah.



                                             (persembahan oleh adik2 warga RPWP ini)





Dengan ini, berakhir la sudah program JM kami. Banyak sekali pengalaman yg kami dapat, ilmu yg kami pelajari dan pengalaman ini begitu berharga sekali buat kami. Sekian sahaja dari saya. As salam