21 April 2014

Day 4: Terbahagi kepada dua

 Alhamdulillah pada 20 April (ahad) kami telah melawat dan berkhidmat kepada komuniti warga rumah pengasih warga prihatin di kajang ini lagi. Cuma, apa yg beza pada hari ini adalah:

1)Seperti yg kami telah rancang, 2 buah kereta telah dibahagikan kepada dua, satu bergerak awal seperti biasa. Satu lagi bergerak agak lewat sedikit kerana bagi menguruskan hal hal tertentu. Tetapi, perkara ini tidak menjadi masalah kerana kami 10 orang boleh membantu dengan lebih baik pada sebelah tengahari nya pula

2)Sulaiman dan Kak Anis tak dapat hadir berikutan masalah kesihatan dan emergency yg tak dapat dielakkan. Namun, semangat mereka kami bawa bersama di RPWP ini. Cewahh

3)Hujan, menyebabkan beberapa aktiviti tergendala sebentar. Jarang sebelum ini hujan turun dengan lebat sekali pada waktu pagi dan petang

4)Alhamdulillah, kami ditakdirkan untuk berjumpa saudara En Saiful Nang, antara penyumbang kepada RPWP ini. Untuk maklumat lanjut, boleh la melawat FB page Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Saiful Nang



20 April 2014

Day 3: Bekerjasama dengan UniKL di RPWP



Pada 19 April (sabtu) yg lalu. Kami kumpulan applied geology 1 kembali ke Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang bagi meneruskan la khidmat komuniti di sini. Yang menariknya pada kali ini, rumah tersebut turut menerima kehadiran pelajar dari kelab leadership UniKL BMI. Jadi sepanjang hari itu, kami melakukan aktiviti bersama-sama dalam menjayakan projek masing2.
                                                     (briefing sebelum memulakan tugas)
Tugasan yg dilakukan adalah seperti menyusun kayu2 di tempat yg disediakan. Dan proses mengangkat zinc ke atas tempat pembinaan. Tugasan yg dilakukan berjalan lancar kerana trdapat ramai penyumbang tenaga pada hari tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas masing2. Selain itu, trdapat juga aktiviti seperti memotong rumput di sekitar kawasan padang.





Pada waktu tengahari, kami dijamu makanan tengahari dan kemeriahan terasa apabila penuh kawasan bahagian hadapan rumah RPWP ini.






















Tidak lupa juga kepada kaum wanita dalam group kami, yang bertungkus lumus memasak di dapur. Berikutan ramai orang pada hari tersebut, jadi lauk yg perlu dimasak dgn kuantiti yg lebih banyak.





(Jessyn in action)















Walaupun kami semua kepenatan, tapi kami semua berasa puas dapat memberikan sepenuh mungkin untuk RPWP ini. Semoga kami terus bersemangat pada hari2 yg seterusnya.