21 April 2014

Day 4: Terbahagi kepada dua

 Alhamdulillah pada 20 April (ahad) kami telah melawat dan berkhidmat kepada komuniti warga rumah pengasih warga prihatin di kajang ini lagi. Cuma, apa yg beza pada hari ini adalah:

1)Seperti yg kami telah rancang, 2 buah kereta telah dibahagikan kepada dua, satu bergerak awal seperti biasa. Satu lagi bergerak agak lewat sedikit kerana bagi menguruskan hal hal tertentu. Tetapi, perkara ini tidak menjadi masalah kerana kami 10 orang boleh membantu dengan lebih baik pada sebelah tengahari nya pula

2)Sulaiman dan Kak Anis tak dapat hadir berikutan masalah kesihatan dan emergency yg tak dapat dielakkan. Namun, semangat mereka kami bawa bersama di RPWP ini. Cewahh

3)Hujan, menyebabkan beberapa aktiviti tergendala sebentar. Jarang sebelum ini hujan turun dengan lebat sekali pada waktu pagi dan petang

4)Alhamdulillah, kami ditakdirkan untuk berjumpa saudara En Saiful Nang, antara penyumbang kepada RPWP ini. Untuk maklumat lanjut, boleh la melawat FB page Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Saiful Nang



No comments:

Post a Comment