06 April 2014

Day 1: Jalinan Masyarakat di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yg sudi membaca.

Jeng jeng jeng
Pada 4 April 2014- Sabtu, kami pelajar geologi universiti malaya mengadakan program jalinan masyarakat di Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang. Haaa untuk maklumat lanjut bole la click prihatin.net.my atau pun search Warga Prihatin di Facebook.

Kebetulan pada hari yg sama, Saiful Nang telah merasmikan galeri pameran dan jualan amal di Kepong.

kami bertolak pada pukul 8.30. Kononnya, tapi disebabkan kekeliruan kami tersesat la sekejap waktu on the way ke sana. Tapi takpe, sebelum tu kami sempat makan pagi di Hulu Langat.

                                   (azzah mengeluarkan peralatan dari kenderaan batmannya)

                                    (briefing oleh Ayah Najmi sebelum kami memulakan aktiviti)
                                         (perkongsian mengenai akhlak remaja oleh Ayah Johari)
                                                                (candid ke apa ni?)
                                                              (najmi....motif? haha)
Kami mengadakan sesi pengenalan dgn Ayah Johari yg kemudiannya membawa kami round2 kawasan rumah pengasih tersebut. Seperti yg anda lihat pada gmbr2 trsebut, kami melawat tempat mereka belajar, bilik komputer, dapur, malah bengkel membaiki kereta.

 Pada pukul 1.30 petang. Kami menunaikan solat zuhur dan kemudiannya makan tengahari bersama warga rumah pengasih. Kami ingin mengucapkan terima kasih sebab tolong masakkan sedap2 untuk kami ya. Kemudian, sesi membahagi tugas bermula.

Kaum hawa bercadang untuk menolong di bahagian dapur, memasak dan menjaga serta bermain dgn adik2 warga rumah prhatin ini. Kaum lelaki pula di bahagi kepada 3 bahagian, saya serta saudara omar dan qayyum ditugaskan untuk memesin rumput di kawasan padang berdekatan dgn rumah trsebut. Manakala najmi dan syazwan ditugaskan untuk mengemas di bahagian belakang construction site). Yg trakhir saudara Sulaiman pula secara solo mengemas stor di tingkat atas. Hehe kesian man.

 Pada waktu asar nya, segala tugas yg diberikan dapat diselesaikan. Kami berehat sementara mendengar ucapan penghargaan dari pihak rumah pengasih itu sendiri. Tapi perjalaan kami tak berakhir di sini!

Kerana ini baru hari pertama kami di sini, banyak kekurangan yang perlu dibaiki dan kemahiran yg perlu ditingkatkan. Sekali lagi, saya Razin bahagian teknikal dan publisiti ingin mewakili dari kumpulan kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan tak lupa kepada warga rumah pengasih warga prihatin sendiri. Thank you!





No comments:

Post a Comment